Wednesday, 16 May 2012

Sejarah Multimedia, Kesan & Penggunaannya


Sejarah perkembangan multimedia

Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer dirumah dan pejabat telah dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna.

Perkembangan teknologi multimedia berubah selaras dengan perubahan teknologi komputer.

  • Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
  • 1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan menguruskan maklumat.
  • Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih mudah digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan sebagainya.
  • 1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik sehingga mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang sama, perkembangan teknologi ini telah membawa kepada :
  1. Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju
  2. Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer
  3. Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu keras (hardisk) dan CD-ROMs
  4. Audio dan video digital
  5. Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek dengan menggunakan tetikus. Arahan berasaskan antaramuka pengguna bergrafik memudahkan pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih mudah.
  6. Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna berhubung dengan seluruh dunia.


Multimedia dan kesannya kepada Industri.
  • Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang industri, iaitu :-
  1. Industri komputer (computing)
  2. Industri telekomunikasi (telecommunication)
  3. Industri penyiaran (broadcasing)
  • Kesannya Kepada Industri Komputer.
  1. Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi juga melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada media lain seperti audio dan video.
  2. Sistem komputer multimedia telah banyak berubah untuk memastikan ia berkemampuan menukar sebarang maklumat dalam keadaan analog seperti suara, muzik dan video ke format digital. Dan kemudiannya menukar semula data yang berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan.
  3. Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data multimedia disimpan.
  4. Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara sistem atau pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh disepadukan supaya dapat melaksanakan sesuatu tugas.
  5. Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker atau dirakam terus keperanti video.
  • Kesannya Kepada Industri Telekomunikasi.
  1. Maklumat multimedia juga diagih melalui rangkaian komputer atau penghantaran tanpa wayar (satelit).
  2. Oleh kerana maklumat multimeida selalunya bersaiz besar dan dalam keadaan berterusan (continous), kaedah penghantaran data yang sesuai amat diperlukan. Ini mengakibatkan perubahan kepada sistem telekomunikasi yang ada. Sistem rangkaian yang dahulunya hanya menggunakan talian telefon yang membawa sedikit data dan lambat (iaitu < 28 kbit), kini telah berubah kepada talian lease yang membolehkan lebih banyak data dihantar seperti 2Mbit, 10Mbit dan 622Mbit (contohnya diMSC).
  • Kesannya Kepada Industri Penyiaran.
  1. Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat distudio rakaman dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk pengeditan movie secara digital.
  2. Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui rangkaian komputer.


Bidang Penggunaan Multimedia.
  • Teknologi Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut adalah :-
  1. Perniagaan
  2. Pentadbiran
  3. Pendidikan
  4. Penyiaran
  5. Hiburan.
  • Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Perniagaan. Perniagaan memerlukan komunikasi, secara tradisinya dalam perniagaan boleh dilakukan secara :-
  1. Verbal
  2. Dari seorang ke seorang
  3. Dalam bentuk cetakan
  4. Menggunakan slide show
  5. Menggunakan video
  • Multimedia berupaya untuk meniru setiap cara komunikasi yang disenaraikan tadi serta dapat menggabungkannya supaya menjadi satu tarikan yang lebih menarik. Aplikasi multimedia yang terlibat dalam bidang perniagaan ini termasuk: 
  1. Persembahan jualan (sales/market prsentations).
  2. Trade-show production
  3. Sistem latihan pekerja.
  4. Direct marketing
  5. Retail vending
  6. Point-of-sale information
  • Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pentadbiran
  1. Teknologi multimedia boleh dimanfaatkan dalam bidangpentadbiran kerajaan seperti
  2. Kerajaan elektronik atau pejabat tanpa kertas (paperless office)
  3. Keperluan pertahanan negara
  4. Penyebaran maklumat kepada rakyat
  • Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pendidikan.
  1. Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yangpaling layak untuk menggunakan teknologi multimeida.
  2. Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan.
  3. Dengan sistem multimedia, pihak pengajar boleh menegsan prestasi pelajar dengan memperolehi laporan setiap kali pelajar menggunakan bahan tersebut.
  4. Pendidikan juga boleh berlaku dirumah.
  5. Program pendidikan jarak jauh juga boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai ijazah diperingkat lebih tinggi.
  • Penggunaan Multimeida Dalam Bidang Penyiaran. Teknologi multimeida juga boleh dimanfaatkan dalam bidang penyiaran seperti :-
  1. Pengiklanan
  2. Pembikinan serita-cerita animasi dan stunt
  3. Peralatan audio dan video
  • Penggunaan Multimedia Dalam Hiburan
  1. Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan.
  2. Banyak permainan kini terdapat dalam bentuk CDROM danmengandungi elemen-elemen grafik, animasi, audio dan video. Namun pada pendapat saya bentuk permainan yang ganas dan tidak berfaedah perlu dibendung.
  3. Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Perkataan edutaiment dirujuk sebagai education dan entertaiment. Permainan serupa ini mengajar kita supaya membuat perancangan dengan teliti dan mengasah orak mengira dengan betul, sambil berhibur.
  4. Video-on-demand merupakan satu lagi aplikasi multimeida berupa hiburan. Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan yang terdapat dalam perpustakaan rancangan-rancangan dan boleh menontonnya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pelanggan boleh mendapatkan apap-apa bahan mengikut cita rasa masing-masing asalakan ia terdapat didalam server.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.