Definisi Multimedia
Perkataan multimedia adalah berdasarkan 2 perkataan utama iaitu:
- Multi: Banyak (many), Pelbagai (Multiple)
- Medium: Alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.(Dewan bahasa dan pustaka). (Dirujuk juga sebagai definisi media secara umum). Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer, medium dianggap sengai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, grafik, suara, muzik dan sebagainya. (Dirujuk juga sebagai definisi media pada paparan komputer)
Apakah Sistem Multimedia ?
- Ia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.
- Penyataan daripada F. Hofstetter, Multimedia Literacy (1995) ialah :
“Multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphics, audio and video with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate.
Sifat Penting Produk Multimedia
- Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media
- Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.
- Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (Links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ialebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku.
- Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut(contoh halaman web).
- Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.