Saturday, 19 May 2012

MICROSOFT POWERPOINT


PENGENALAN MICROSOFT POWERPOINT

Microsoft PowerPoint 2003 merupakan program aplikasi presentasi canggih yang
popular dan paling banyak digunakan. Dengan menggunakan Power Point 2003
pengguna dapat merancang dan membuat presentasi yang professional.

Masuk dan keluar dari MS Power Point 
Untuk memulai PowerPoint, langkah yang diperlukan adalah :
1. Jalankan MS Windows
2. Klik Start button, kemudian klik Program
3. Dalam menu Program, klik Microsoft PowerPoint (Gambar 1)

Gambar 1 – Memulai MS. PowerPoint

4. Setelah PowerPoint dipilih, akan muncul Kotak Dialog seperti di bawah ini :

Gambar 2 – Kotak Dialog Memulai PowerPoint

5. Dari kotak dialog pada Gambar 2, tentukan jenis Slide presentasi yang ingin dibuat
6. Klik OK

Untuk keluar dari PowerPoint, caranya adalah :
1. Klik menu File pada halaman utama PowerPoint
2. Pilih menu Exit

Open, Create, Save, Close presentasi 

Open Presentasi 
Bila anda ingin membuka file presentasi yang telah ada sebelumnya, caranya :
1. Dari Windows, klik Start
2. Klik Program, lalu cari Microsoft PowerPoint (Klik)
3. Setelah itu muncul kotak dialog, klik Cancel
4. Pada halaman aplikasi PowerPoint, klik menu File, lalu klik Open
5. Kemudian muncul kotak dialog berikut :

Gambar 3 – Kotak Dialog Open File

6. Tentukan dan temukan file PowerPoint yang ingin dibuka
7. Klik OK

Create Presentasi 
Halaman aplikasi PowerPoint mempunyai beberapa tips yang defaultnya adalah Normal view. Berikut adalah gambar aplikasi PowerPoint dengan Normal View.

Gambar 4 – Presentasi dengan Normal View

Langkah yang dilakukan untuk membuat slide presentasi :
1. Pada halaman baru dari PowerPoint, pilih jenis halaman slide yang hendak dipakai (Gambar 5)

Gambar 5 – Pilih Kerangka Halaman Slide

2. Klik pada tempat yang Anda inginkan untuk menulis perkara/isi presentasi
3. Untuk menambah slide baru berikutnya, pilih Menu Insert, kemudian klik New Slide.
4. Proses 1 akan terulang lagi, dan seterusnya.

Save Presentasi 
Slide presentasi yang telah selesai dibuat, dapat disimpan ke suatu file dengan cara :
1. Klik menu File, kemudian klik Save As
2. Muncul kotak dialog seperti berikut :

Gambar 6 – Kotak Dialog Save As

3. Tentukan nama file yang akan disimpan beserta lokasi file tersebut
4. Klik OK.

Close Presentasi 
Untuk keluar dari halaman aplikasi PowerPoint, langkahnya :
1. Pilih menu File
2. Klik tombol Exit

Menggunakan Template Presentasi 
Untuk membantu anda dalam membuat slide presentasi, Microsoft PowerPoint menyediakan Template Presentasi yang merupakan rancangan susunan halaman slide beserta background nya. Untuk menggunakannya anda dapat menggunakan cara :
1. Mula-mula aktifkan MS. Windows
2. Klik Start button, lalu klik Program, lalu MS. PowerPoint
3. Ketika masuk ke halaman aplikasi PowerPoint, akan muncul Kotak Dialog seperti pada Gambar 2.
4. Untuk menggunakan Template Presentasi, Pilih Design Template

Gambar 7 – Template Presentasi

5. Klik OK, kemudian akan muncul macam-macam Template yang dapat anda gunakan (Gambar 8)

Gambar 8 – Macam-macam Template untuk Slide Presentasi

6. Pilih satu template yang sesuai dengan presentasi anda, kemudian Klik OK
7. Selanjutnya muncul kotak dialog Pilih Kerangka Halaman Slide (Gambar 5), lalu pilih, Klik OK.
8. Slide Anda muncul dengan memakai template yang telah anda pilih.

Menggunakan Wizard Presentasi 
Ketika PowerPoint diaktifkan, kotak dialog Memulai PowerPoint (Gambar 2) juga akan muncul. Ada 4 operasi yang terdapat dalam kotak dialog tersebut, salah satunya AutoContent Wizard, iaitu cara cepat untuk membuat slide presentasi. Wizard adalah urutan langkah yang akan membimbing anda dalam membuat slide.

Dengan memakai AutoContent Wizard, anda pilih jenis presentasi dari daftar wizard contoh presentasi. Kemudian anda tentukan apa jenis output yang anda inginkan. Selanjutnya taip  informasi untuk judul slide dan footer. AutoContent Wizard kemudian membuat sebuah presentasi dengan contoh teks yang akan membimbing anda membuat presentasi. Langkah-langkahnya :
1. Pada kotak dialog, klik AutoContent Wizard
2. Klik OK, selanjutnya muncul kotak dialog seperti Gambar 9

Gambar 9 – Kotak Dialog AutoContent Wizard

3. Klik Next, lalu muncul kotak dialog seperti berikut :

Gambar 10 – Kotak Dialog Kedua

4. Pilih kriteria yang anda mahukan pada kotak.
5. Klik Finish, kemudian akan muncul halaman aplikasi PowerPoint yang akan membimbing anda membuat slide (Gambar 11).

Gambar 11 – PowerPoint dengan Wizard

Inserting (picture, table, object) 
Bila anda ingin meletakkan gambar, table, ataupun objek dalam slide presentasi, anda dapat melakukannya dengan cara :
1. Pilih menu Insert
2. Pilih jenis yang mau anda masukkan (Picture, Table, Object)
Insert Picture - selanjutnya akan meminta anda memilih gambar yang akan disispkan
Insert Table - akan meminta anda menentukan ukuran table
Insert Objek - akan meminta anda mendefinisikan objek yang akan anda masukkan

Gambar 12 – Contoh Penyisipan Tabel


Membuat Animasi Presentasi 
PowerPoint juga menyediakan kemudahan yang dapat membantu anda membuat slide presentasi menjadi lebih menarik, dengan cara memberikan animasi pada presentasi. Caranya adalah :
1. Anda harus berada di Slide yang hendak anda beri animasi
2. Klik menu Slide Show
3. Pilih Custom Animation, kemudian keluar kotak dialog seperti berikut :

Gambar 13 – Kotak Dialog Custom Animation

4. Klik OK

Mencetak 
Untuk mencetak slide presentasi, anda dapat melakukannya dalam dua bentuk. Bentuk pertama, anda mencetak sama dengan slide, bentuk kedua anda mencetak dalam bentuk Black-White dari slide.
Untuk mencetak langkahnya :
1. Klik menu File
2. Pilih Print, kemudian muncul kotak dialog berikut

Gambar 14 – Kotak Dialog Mencetak

3. Tentukan kriteria Anda untuk mencetak, lalu klik OK

Help 
Bila anda mengalami kesulitan dalam menjalankan PowerPoint, terdapat menu help yang akan membantu anda memberikan petunjuk. Untuk mencari bantuan pada MS Office, khususnya MS PowerPoint ada beberapa cara :
Ketika Office Assistant terpapar pada skrin :
1. Double klik Office Assistant (akan muncul dialog box seperti gambar 15)

Gambar 15 – Kotak Dialog Office Assistant

2. Taip kata kunci yang akan dicari.
3. Klik panah kanan.
4. Dialog box tersebut kemudian akan menampilkan beberapa pilihan mengenai topik yang diminta.
5. Untuk melihat bantuan dari salah satu pilihan yang ditampilkan, pengguna perlu men-double klik pilihan tersebut. Kemudian akan tampil window yang berisi informasi mengenai hal tersebut. Jika telah selesai membaca informasi yang tampil tersebut, tutuplah window informasi tersebut dengan mengklik tombol close pada window.

Gambar 16 – PowerPoint Help

Cara lainnya adalah :
1. Klik menu Help pada menu button
2. Klik Microsoft PowerPoint Help
3. Langkah selanjutnya sama dengan cara di atas

Friday, 18 May 2012

5 Elemen Utama Multimedia


LIMA ELEMEN UTAMA MULTIMEDIA

Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.
Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia.
Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan.

TEKS

Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.
Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna.
Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.

GRAFIK

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya.
Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.
Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan.
Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata.
Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

AUDIO

Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan.
Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.
Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

VIDEO

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain.
Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.
Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

ANIMASI

Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik.
Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.
Ianya membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.

Wednesday, 16 May 2012

Sejarah Multimedia, Kesan & Penggunaannya


Sejarah perkembangan multimedia

Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer dirumah dan pejabat telah dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna.

Perkembangan teknologi multimedia berubah selaras dengan perubahan teknologi komputer.

  • Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
  • 1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan menguruskan maklumat.
  • Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih mudah digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan sebagainya.
  • 1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik sehingga mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang sama, perkembangan teknologi ini telah membawa kepada :
  1. Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju
  2. Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer
  3. Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu keras (hardisk) dan CD-ROMs
  4. Audio dan video digital
  5. Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek dengan menggunakan tetikus. Arahan berasaskan antaramuka pengguna bergrafik memudahkan pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih mudah.
  6. Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna berhubung dengan seluruh dunia.


Multimedia dan kesannya kepada Industri.
  • Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang industri, iaitu :-
  1. Industri komputer (computing)
  2. Industri telekomunikasi (telecommunication)
  3. Industri penyiaran (broadcasing)
  • Kesannya Kepada Industri Komputer.
  1. Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi juga melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada media lain seperti audio dan video.
  2. Sistem komputer multimedia telah banyak berubah untuk memastikan ia berkemampuan menukar sebarang maklumat dalam keadaan analog seperti suara, muzik dan video ke format digital. Dan kemudiannya menukar semula data yang berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan.
  3. Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data multimedia disimpan.
  4. Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara sistem atau pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh disepadukan supaya dapat melaksanakan sesuatu tugas.
  5. Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker atau dirakam terus keperanti video.
  • Kesannya Kepada Industri Telekomunikasi.
  1. Maklumat multimedia juga diagih melalui rangkaian komputer atau penghantaran tanpa wayar (satelit).
  2. Oleh kerana maklumat multimeida selalunya bersaiz besar dan dalam keadaan berterusan (continous), kaedah penghantaran data yang sesuai amat diperlukan. Ini mengakibatkan perubahan kepada sistem telekomunikasi yang ada. Sistem rangkaian yang dahulunya hanya menggunakan talian telefon yang membawa sedikit data dan lambat (iaitu < 28 kbit), kini telah berubah kepada talian lease yang membolehkan lebih banyak data dihantar seperti 2Mbit, 10Mbit dan 622Mbit (contohnya diMSC).
  • Kesannya Kepada Industri Penyiaran.
  1. Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat distudio rakaman dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk pengeditan movie secara digital.
  2. Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui rangkaian komputer.


Bidang Penggunaan Multimedia.
  • Teknologi Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut adalah :-
  1. Perniagaan
  2. Pentadbiran
  3. Pendidikan
  4. Penyiaran
  5. Hiburan.
  • Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Perniagaan. Perniagaan memerlukan komunikasi, secara tradisinya dalam perniagaan boleh dilakukan secara :-
  1. Verbal
  2. Dari seorang ke seorang
  3. Dalam bentuk cetakan
  4. Menggunakan slide show
  5. Menggunakan video
  • Multimedia berupaya untuk meniru setiap cara komunikasi yang disenaraikan tadi serta dapat menggabungkannya supaya menjadi satu tarikan yang lebih menarik. Aplikasi multimedia yang terlibat dalam bidang perniagaan ini termasuk: 
  1. Persembahan jualan (sales/market prsentations).
  2. Trade-show production
  3. Sistem latihan pekerja.
  4. Direct marketing
  5. Retail vending
  6. Point-of-sale information
  • Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pentadbiran
  1. Teknologi multimedia boleh dimanfaatkan dalam bidangpentadbiran kerajaan seperti
  2. Kerajaan elektronik atau pejabat tanpa kertas (paperless office)
  3. Keperluan pertahanan negara
  4. Penyebaran maklumat kepada rakyat
  • Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pendidikan.
  1. Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yangpaling layak untuk menggunakan teknologi multimeida.
  2. Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan.
  3. Dengan sistem multimedia, pihak pengajar boleh menegsan prestasi pelajar dengan memperolehi laporan setiap kali pelajar menggunakan bahan tersebut.
  4. Pendidikan juga boleh berlaku dirumah.
  5. Program pendidikan jarak jauh juga boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai ijazah diperingkat lebih tinggi.
  • Penggunaan Multimeida Dalam Bidang Penyiaran. Teknologi multimeida juga boleh dimanfaatkan dalam bidang penyiaran seperti :-
  1. Pengiklanan
  2. Pembikinan serita-cerita animasi dan stunt
  3. Peralatan audio dan video
  • Penggunaan Multimedia Dalam Hiburan
  1. Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan.
  2. Banyak permainan kini terdapat dalam bentuk CDROM danmengandungi elemen-elemen grafik, animasi, audio dan video. Namun pada pendapat saya bentuk permainan yang ganas dan tidak berfaedah perlu dibendung.
  3. Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Perkataan edutaiment dirujuk sebagai education dan entertaiment. Permainan serupa ini mengajar kita supaya membuat perancangan dengan teliti dan mengasah orak mengira dengan betul, sambil berhibur.
  4. Video-on-demand merupakan satu lagi aplikasi multimeida berupa hiburan. Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan yang terdapat dalam perpustakaan rancangan-rancangan dan boleh menontonnya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pelanggan boleh mendapatkan apap-apa bahan mengikut cita rasa masing-masing asalakan ia terdapat didalam server.



Pengenalan Dan Definasi Multimedia


Definisi Multimedia

Perkataan multimedia adalah berdasarkan 2 perkataan utama iaitu:
  • Multi: Banyak (many), Pelbagai (Multiple)
  • Medium: Alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.(Dewan bahasa dan pustaka). (Dirujuk juga sebagai definisi media secara umum). Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer, medium dianggap sengai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, grafik, suara, muzik dan sebagainya. (Dirujuk juga sebagai definisi media pada paparan komputer)





Apakah Sistem Multimedia ?


  • Ia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.
  • Penyataan daripada F. Hofstetter, Multimedia Literacy (1995) ialah :

“Multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphics, audio and video with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate.




Sifat Penting Produk Multimedia

  • Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media
  • Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.
  • Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (Links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ialebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku.
  • Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut(contoh halaman web).
  • Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV.